Monday, April 11, 2011

Minggu Peperiksaan: Kepala Sesak

Rasa macam baru sangat mendaftar masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM). Sedar tak sedar peperiksaan akhir sudah pun bermula. Saya berharap sangat dapat menjawab semua subjek untuk tahun ini dengan baik. Seboleh-bolehnya tahun hadapan janganlah mengulang subjek tertentu. Bila saya beritahu saya mengambil 11 subjek tahun ini, ramai yang tidak mempercayai kata-kata saya. Tapi realitinya begitulah kalau kami ingin menghabiskan pengajian (136 jam kredit) dalam empat tahun. Lagipun ini tahun pertama. Bagi pelajar baru macam saya, saya hanya ikut apa yang dicadangkan oleh Pengurus Rancangan. Sekiranya tahun ni keputusan tidak memberangsangkan, saya akan kurangkan subjek untuk tahun hadapan.

Tahun pertama ni boleh dikatakan setiap hari ada peperiksaan. Berulang-alik saya dan rakan-rakan dari Changkat Jering ke Ipoh. Kami mengambil keputusan berkongsi kereta. Kalau tidak parah juga perbelanjaan untuk minyak dan tol. Dalam kereta kami buat ulangkaji terakhir. Seorang demi seorang akan keluarkan fakta dan contoh tertentu sekiranya soalan yang berkaitan keluar dalam peperiksaan. Alhamdulillah, selalunya apa yang dibincangkan memang akan ada soalan yang berkaitan. Kepada rakan-rakan PJJ, terima kasih saya ucapkan. Pn. Ong, Ayam, Chef Raymond dan Baby, kalian memang terbaik. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak membantu sepanjang saya menyiapkan tugasan, latihan, kuiz dan lain-lain lagi berkaitan dengan pengajian saya. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila. Penghargaan tidak terhingga juga buat ibu dan bapa saya yang banyak membantu sepanjang saya bergelar pelajar semula. Terutama ibu saya yang tidak jemu kejut saya seawal pagi setiap Sabtu dan Ahad untuk menghadiri kelas di Ipoh. Terima kasih juga sebab tidak pernah jemu buatkan saya air setiap kali saya berjaga malam menyiapkan tugasan atau mengulangkaji pelajaran. Terima kasih juga kepada adik-adik perempuan saya yang sudi mengajar saya menggunakan kalkulator saintifik untuk pengiraan bagi subjek Statistik (dulu masa sekolah saya tak ambil Matematik Tambahan). 

Lega sikit rasanya kepala selepas menatap blog malam ni. Terima kasih kepada yang sudi membaca bebelan saya. Sambung "study" balik. Mohon semua doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Assalamualaikum.

Saturday, February 19, 2011

Wan Job

Telefon berdering. Nama Wan Joe tertera di skrin. Dalam hati dah tahu. Mesti nak ajak photoshot kat mana-mana la tu. Huh!! Malas pun ada sebab aku sedang bekerja. Tapi aku tabahkan hati untuk turuti ajakan dia. Sudah banyak kali aku tolak dan kali ni aku bagi muka kat dia.

Kali ini Wan Job pilih sawah padi kat berhampiran kampung tercinta untuk sesi bergedik santai. Memang semangat aku tengok dia bekerja. Pelbagai aksi dan gaya dia paksa model dia kali ni buat. Aku just snap sikit-sikit je sebab aku dah kekeringan idea untuk mengambil gambar. Bermusim kot aku ni. Kejap pandai kejap tak pandai. huhu.... Aku masukkan je hasil tangan aku yang tak menjadi kali ni. Tolong la kutuk agar aku semangat kembali...





Wednesday, February 2, 2011

Aku : Matt : Hakim @ Ipoh


Malam tadi saya merayau lagi. Ambil kawan di Stesen Keretapi Ipoh. Kali pertama ke situ. Sebelum ni saya hanya lihat dari kejauhan. Cantik bangunannya. Saya pusing-pusing sekejap, minum di kafe dan kemudian bergerak balik ke Taiping. Bila sudah berjumpa macam-macam perkara yang diperihalkan. Apa yang pasti penuh dengan hilai tawa menghairahkan. Ooouuuwhhh... Layanlah gambar-gambar yang sempat kami ambil (sebenarnya sesi promosi diri, berkenan ambil le).







Lata Allagar


Pagi hari dah bising. Adik cakap nak pergi berkelah. Aku pun okay je sebab dah lama tak mandi-manda bersama. Antara Teluk Senangin atau lata kat Allagar, kami pilih lata. Jam 12 tengah hari kami sampai dah kat lata. 15 minit juga le mencari tempat yang sesuai. Barang-barang kami turunkan dan mulakan aktiviti menyucikan diri. Lama juga kat sini. Air sejuk sangat. Maklum le musim hujan. Kali ni tak dapat nak upload gambar aku lebih-lebih dengan alasan aku seksi sangat. Layan je la apa yang ada.






Tuesday, February 1, 2011

Aku Fauzi : Awak Ali : Kamu Syahir : Dia ?


SMS masuk. Ajak lepak di Taiping. Masa tengah pusing saya rasa ada baiknya berjumpa dengan kaan-kawan. Saya tanya di mana? A Rahman Taiping jawabnya. Huh!! Terkesima. Dalam hati bengang pun ada. Seakan faham saya di'sms' semula, kopitiam area Doli katanya. Saya sedikit lega. SMS diterima sekali lagi. The Gate Cafe pilihan muktamat. Kali ini saya benar-benar lega. Bukan saya tak suka mamak, tapi di situ kurang memenuhi citarasa saya sebenarnya. Jam 9 lebih semua dah ada. Setahu saya hanya kami bertiga. Tidak diberitahu si dia ada bersama. Nama seanggun tuannya. Artis gila. Saya suka. Nak buat macam mana...layan sahaja. Hahaha (tiada maksud sebaliknya). Makanan dipesan. Setelah selesai semua, apa lagi mula menjamu selera. Ali mulakan tugasnya membuka bicara. Gembira benar dia maklum la sudah bergelar artis ni siapa yang tak suka kan? Dari pasar ke Taiping Sentral, semua orang suka. Jangan lupa kami bila sudah glamour. Di bawah ni ceritakan siapa kami semua.




Saturday, January 15, 2011

Light Painting

Malam ini bersama Pangeran Erwan berlatih membuat "light painting" di jeti hadapan rumah.Malam tidak terlalu gelap tapi masih boleh nampak kesan yang ingin dihasilkan. Pelbagai aksi dan teknik dilakukan hingga basah baju dengan peluh sendiri dibuatnya. Kali pertama pasti kasar hasilnya. Tapi bolehlah untuk mengetahui asas sebelum menghasilkan sesuatu yang lebih baik di hari berikutnya.

Bercakap tentang Pangeran Erwan ini pendapat saya tentang dirinya. Mempunyai pengamatan yang sangat tinggi walaupun itu bukan bidangnya. Kalau sudah menjadi minat kita akan cuba untuk memahami dan menguasainya. Terlalu cepat bertindak sampai kadang-kadang saya tertinggal di belakangnya. Sedikit gopoh. Tidak lokek berkongsi ilmu dan teknik yang diperolehinya. Terus terang saya katakan sangat senang berkaan dengannya.

Kembali kepada "light painting" yang kami lakukan, hampir dua jam kami terlompat-lompat melukis sesuatu dengan unggun api dan bara yang dinyalakan. Setelah selesai kami berehat sambil minum di hadapan rumah. Teringin nak berkongsi cara melakukan "light painting" ini tetapi tidak kesampaian sebab saya tidak memahami teori tetapi boleh menunjukkannya secara praktikal. Biasalah baru belajar kan. 

Saya berharap minat saya ini boleh diteruskan. Bila sudah bergelar "pelajar" semula tidak banyak waktu terluang macam sebelumnya. Banyak buku dan modul yang perlu dibaca dan difahami. Banyak juga tugasan yang perlu disiapkan. 

Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Lahir Fauzi

Terima kasih kepada semua yang membuat ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya. Semoga doa kalian menjadi kenyataan. Di sini saya ingin buat rumusan tentang ucapan yang kawan-kawan tujukan kepada saya di Facebook. 
  • Tiada majlis tiup-tiup lilin. Ustaz cakap tak baik.
  • Bunga: Rama-rama sentiasa ingat kamu.
  • Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  • Terlalu mahu apa yang diimpikan menjadikenyataan.
  • Terima kasih kepada kawan-kawan di Tat Beng atas ucapan selamat untuk saya. Semoga kalian terus maju.
  • Semoga saya berjaya di dunia dan juga akhirat.
  • Mana ada saya tua lagi?
  • Jodoh? Itu biarlah rahsia.
  • Masa ulang tahun kelahiran memang kena belanja kawan-kawan ke? Bukan kawan-kawan ke yang kena belanja saya (gurau je).
  • Semoga apa yang didoakan oleh Cikgu Sofian untuk saya dimakbulkan oleh Allah SWT.
  • Semoga persahabatan saya dengan kawan-kawan akan kekal selamanya.
  • Saya sayang semua. Sayang sangat-sangat.
sekian, terima kasih.