Saturday, January 15, 2011

Light Painting

Malam ini bersama Pangeran Erwan berlatih membuat "light painting" di jeti hadapan rumah.Malam tidak terlalu gelap tapi masih boleh nampak kesan yang ingin dihasilkan. Pelbagai aksi dan teknik dilakukan hingga basah baju dengan peluh sendiri dibuatnya. Kali pertama pasti kasar hasilnya. Tapi bolehlah untuk mengetahui asas sebelum menghasilkan sesuatu yang lebih baik di hari berikutnya.

Bercakap tentang Pangeran Erwan ini pendapat saya tentang dirinya. Mempunyai pengamatan yang sangat tinggi walaupun itu bukan bidangnya. Kalau sudah menjadi minat kita akan cuba untuk memahami dan menguasainya. Terlalu cepat bertindak sampai kadang-kadang saya tertinggal di belakangnya. Sedikit gopoh. Tidak lokek berkongsi ilmu dan teknik yang diperolehinya. Terus terang saya katakan sangat senang berkaan dengannya.

Kembali kepada "light painting" yang kami lakukan, hampir dua jam kami terlompat-lompat melukis sesuatu dengan unggun api dan bara yang dinyalakan. Setelah selesai kami berehat sambil minum di hadapan rumah. Teringin nak berkongsi cara melakukan "light painting" ini tetapi tidak kesampaian sebab saya tidak memahami teori tetapi boleh menunjukkannya secara praktikal. Biasalah baru belajar kan. 

Saya berharap minat saya ini boleh diteruskan. Bila sudah bergelar "pelajar" semula tidak banyak waktu terluang macam sebelumnya. Banyak buku dan modul yang perlu dibaca dan difahami. Banyak juga tugasan yang perlu disiapkan.