Monday, April 18, 2011

Sakit Perut

Permulaan hari yang kurang baik. Lebih kurang jam 9.00 pagi saya diserang sakit perut. Rasa resah dan gelisah. Cemas sangat. Mana tidaknya esok 19 April 2011 ada peperiksaan Statistik. Risau kalau ditahan di wad tak dapatlah saya mengambil peperiksaan tersebut. Takut melarat cepat-cepat saya telefon abah  minta tolong hantar ke klinik.

Sebenarnya sebelum ini saya ada pengalaman ditahan di wad Hospital Seberang Jaya sebab sakit perut. Masa tu saya seorang di rumah. Kakak dan abang balik kampung. Terpaksa minta jiran hantar ke hospital.

"Cik, saya boleh tunggu seminit je. Lebih pada tu cik angkat la saya. Sakit perut sangat ni." itu yang keluar dari mulut saya. Sudah hilang rasa malu sebab terlalu sakit. Gelak orang ramai yang ada di bahagian kecemasan masa tu.

Seminit kemudian saya sudah terbaring atas katil. Sebotol air dimasuk ke dalam badan saya. Satu suntikan di bahagian punggung. Rasa lega sedikit. Kemudian beritahu doktor supaya tahan di wad sebab di rumah tidak ada sesiapa. Terpaksalah doktor benarkan. 

Kejadian pada 2003 walaupun sudah lama tetap memberi kesan. Haraplah kali ini tak seteruk dulu. 

Sampai di klinik, macam dulu juga masuk air sebotol dan satu suntikan diberikan. Mulanya berpinau juga mata kesan ubat yang diberikan. Selepas lebih kurang 20 minit rasa makin okay. Sementara tunggu air habis masuk dalam badan, sempat juga ulangkaji nota Psikologi di atas tilam yang agak keras.  Setelah habis sebotol air yang dipasang terus ke farmasi ambil ubat dan segera balik. Lapar sangat. Sampai rumah terus makan dan tidur. Sebelah malamnya perut masih terasa sengal. Lepas makan malam ambil ubat, ulangkaji nota untuk peperiksaan esok dan bila mata dah semakin berat saya pun masuk tidur.

Pesanan buat rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan, jaga diri dan jaga pemakanan. Jangan jadi macam saya. Nasib sakit perut hari yang tiada peperiksaan. Kalau tidak mengulanglah subjek yang sama tahun hadapan. 

4 comments:

  1. Ala cian nye
    mcm truk je

    bear tu comel ;p

    ReplyDelete
  2. SNG: takde la teruk sgt. tapi lebih baik ambil langkah awal sebelum jadi lagi teruk.

    mr.Tedd tu dah 10 tahun usia dia.

    ReplyDelete
  3. tuan mr. Tedd berape? hua.hua.hua...

    ReplyDelete
  4. sehingga tarikh ni, pemilik mr.TeDD berusia 28 thn 5 bln 6 hri. naper? tak sabar nak kasi hadiah ke? request bleh? nak pasangan utk mr.TeDD...hehe

    ReplyDelete